MEMPERKENALKAN ....
MODUL KURSUS TABIR GHAIB
(KASYFUL
QHOIBBIYAH) – PENGAJIAN ILMU HAKIKAT, MATA BATIN &
PENAJAMAN MATA BATIN
& INDERA KE-ENAM
Di manakah letaknya Mata Batin ? Apakah
itu Indera Ke-Enam ? Apakah kegunaan kedua-duanya ? persoalan yang mungkin anda
semua tertanya-tanya.
Secara ringkas, Mata Batin adalah mata
GHAIB yang terletak di bahagian tengah antara dua kening anda. Mata Batin
secara normalnya tidak aktif dan dihalangi oleh satu lapisan dinding GHAIB.
Mata Batin boleh diaktifkan melalui amalan-amalan tertentu yang tidak
bercanggah dengan syariat Islam dan dengan latihan yang konsisten.
Indera Ke Enam pula secara ringkasnya adalah
kemampuan
memunculkan segala rasa dari rasa dan dari panca indera yang sudah ada. Indera
Ke Enam ini boleh dipelajari dan juga bermanfaat bagi kita.
Terbukanya
Mata Batin individu boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, ‘hati’ yang
bersih, tidak banyak dikotori dengan perkara maksiat dan dosa yang disemai
melalui mata, telinga dan mulut. Hanya’ hati’ yang bersih dihiasi iman dan
taqwa sahaja selalunya akan mendapat petunjuk terus dari Allah. Kedua, tubuh seseorang
individu itu dihuni oleh makhluk halus sehingga menyebabkan lapisan dinding
ghaib terbuka. Ketiga, individu itu terkena sihir yang agak kuat sehingga boleh mengakibatkan mata batinnya terbuka atau
Indra Ke Enamnya semakin tajam/peka. Segala-galanya dengan kehendak dan
keizinan Allah jua.
Banyak
cerita yang mengupas kemampuan luar biasa ini dan juga membuat seseorang merasa
mudah dalam menjalani kehidupannya kerana mempunyai kemampuan Indra Ke Enam.
Bukan itu sahaja, banyak cerita yang kita dengar di antaranya cerita tentang
orang yang terbuka Mata Batinnya dapat melihat makhluk-makhluk halus, hantu, membuat
perjalanan ke Alam Astral (Alam Ghaib) dan sebagainya.
Sebenarnya,
Mata Batin bukanlah semata-mata untuk melihat makhluk ghaib, hantu perjalanan
ke Alam Astral dan sebagainya malah lebih dari itu. Seeorang yang dikatakan
telah aktif Mata Batinnya dan Indera Ke
Enamnya mampu SCAN perkara yang jauh dan dekat, perkara yang lalu dan akan datang
mempunyai kelebihan spiritual atau
kerohanian yang akan menjadikannya lebih bertakwa kepada Allah S.W.T. Di Antara
kelebihan-kelebihan itu adalah seperti ;
1. Menumbuhkan Rasa takut kepada Allah SWT
2. Riyadha-Menundukkan
hawa nafsu
3. Taqwa
kepada Allah
4. Menjaga
Lidah
5. Khusu’
dan Tawadhu’
6. Zuhud
7. Sepuluh
keutamaan Lapar ( Maksudnya jarangan sering kita itu menjadi orang yang selalu
kenyang
8. Menghindari
syubhah (Sesuatu
yang tidak jelas haram halalnya)
9. Membersihkan
hati
10. Sabar
11. Amanah (dapat di
percaya)
12. Berperilaku benar
13. Tenang dalam pendirian
14. Dapat
mengendalikan Iradah ( Kehendah/keinginan)
15. Senantiasa Berdzikir
kepada Allah SWT
16. Hanya bergantung kepada
Allah SWT
17. Malu
18. Bermurah hati
19. Cinta Sejati Kepada
Allah SWT dan Nabi Rasul-Nya
20. Cemburu dalam hal
kebaikan
21. Ubudiyah (cinta akhirat)
22. Pasrah dan Tawakal
23. Istiqamah
(Kesinambungan)
24. Muraqabah
25. Mujahadah
26. Suka Taubat dan
menyesali perbuatan
27. Menyayangi orang fakir
28. Meraih maqam Auliya’
29. Memperkuat keyakinan
kepada Allah SWT
30. Tasawuf
31. Akhlak kaum SUFI
32. Adab kesopanan seperti
kaum SUFI
33. Berusaha seperti
kesufian Rasulullah SAW
34. Huznudzan kepada Allah
SWT
35. Berfirasat
36. Ajaran Taukhid
37. Mengjadapi Sakaratul
Maut
38. Pertemuan yang sangat
dirindukan
39. Selalu berdo’a kepada
Allah SWT
Segala-galanya atas kehendak dan keizinan Allah jua.
MEMPERKENALKAN MODUL KURSUS TABIR GHAIB
(KASYFUL QHOIBBIYAH) – PENGAJIAN ILMU HAKIKAT, MATA BATIN & INDERA KE ENAM
V1.0 (2013 – 2014)
Dalam kursus ini anda akan diselaraskan
dengan Energi Haq Tabir ghaib sama ada secara lansung melalui kursus hadir diri
ataupun secara jarak jauh yang hasilnya adalah sama.
Seterusnya anda akan diijazahkan 16
keilmuan khusus bagi mengasah Mata Batin & Indera Ke Enam anda.
Keilmuan tersebut adalah keilmuan yang sangat-sangat langka
(Jarang diperturunkan @ rare) dan cukup dahsyat bila anda menguasainya. Insya-
Allah, semua keilmuan yang diijazahkan tidak menggunakan sebarang bantuan
KHODAM, jin, pendamping dan sebagainya. Semua amalan adalah berdasarkan ayat Al-Quran
dan Zikir-zikir. Tidak menggangu proses kematian kerana tidak bersekongkol
dengan jin dan sebagainya.
ILMU-ILMU YANG TERKANDUNG DALAM MODUL
KURSUS INI :
1. ASMA’ KHUSUS PENAJAMAN MATA BATIN
2. ILMU PENGASAHAN INDERA KE ENAM 1
3. ILMU PENGASAHAN INDERA KE ENAM 2
4. IMU PENGASAHAN INDERA KE ENAM 3
5. ILMU PENGASAHAN INDERA KE ENAM 4
6. ILMU PENGASAHAN INDERA KE ENAM 5
7. ILMU MENEMBUS ALAM GHAIB
8. ILMU PETUNJUK GHAIB
9. ILMU ISYARAH GHAIB
10- ILMU TERAWANGAN GHAIB
11- ILMU TEMBUS PANDANG GHAIB
12- ILMU MERAGA SUKMA
13- ILMU MERAGA SUKMA 2
44- BENTENG DIRI 1
15- BENTENG DIRI 2
16- ISTIQARAH MUJARRAB
SIAPA YANG PERLU UNTUK MEMPELAJARI
KEILMUAN DI DALAM MODUL KURSUS INI ???
Sesiapa saja boleh mempelajari keilmuan
yang terkandung di dalam modul kursus
ini dengan syarat berusia lebih dari 18 tahun, yakin dengan bantuan ALLAH dan
yakin dengan diri sendiri. Tidak semestinya anda seorang yang ALIM, SOLEH atau
ahli IBADAH. Orang biasa pon boleh asalkan bersedia untuk berubah ke arah jalan
ILAHI. Dengan harapan keilmuan ini setelah diamalkan akan mendorong
pengamalnya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.
Keilmuan yang terkandung di dalam modul
kursus ini lebih-lebih lagilah diperlukan oleh orang-orang seperti di bawah ini
;
1-
Perawat Islam.
a.
Keilmuan-keilmuan ini adalah sangat-sangat diperlukan oleh
perawat-perawat islam. Ini adalah kerana di dalam proses merawat pesakit kita
perlu tahu apakah punca penyakit dan tidak hanya bergantung kepada apa yang
diceritakan oleh pesakit. Ramai perawat islam yang membuat andaian sendiri
(MENEKA) penyakit pesakit mereka sedangkan perbuatan tersebut bersamaan dengan perbuatan
BOHONG. Selain dari itu keilmuan ini juga sangat membantu untuk berhadapan
dengan jin yang menggangu secara bersemuka dan sebagainya. Secara ringkas,
perawat sepatutnya memiliki semua keilmuan ini.
2-
Individu Yang Ingin Mendekatkan Diri Kepada Allah.
a.
Setelah menguasai Keilmuan ini, banyak perkara-perkara paranormal yang
akan anda lalui yang mana akan menjadikan anda lebih kagum dengan penciptaan
Allah dan anda akan merasa sangat kerdil hidup di muka bumi ini. Hal-hal
demikian akan mendekatkan lagi anda kepada ALLAH.
3-
Anda Yang Berminat dengan Dunia Paranormal.
a.
Bagi peminat-peminat dunia paranormal anda akan dapat menembus dimensi
ghaib seterusnya dapat melihat makluk-makhluk ghaib ciptaan ALLAH, anda juga akan
dapat mengeluarkan roh Rewani anda untuk mengembara ke mana sahaja tempat yang
anda ingini termasuk melawat saudara mara yang jauh mahupun ke alam ghaib.
4-
Sesiapa Sahaja Anda Yang Memerlukan keilmuan ini untuk pelbagai jenis
tujuan. (Tujuan yang BAIK-SAHAJA).
Keilmuan ini hanya untuk KEBAIKAN
SEMATA-MATA. Saya tidak meredhakan ianya digunakan bagi tujuan kejahatan.
Biasanya keilmuan ini tidak akan berfungsi untuk KEJAHATAN. Sekiranya dengan
izin ALLAH berfungsi juga, maka itu adalah petanda malapekata bagi pengamalnya,
sebagai satu Istidraj, kerana ALLAH sengaja berkehendakkan orang itu terus sesat
dan berdosa. Jadi gunakanlah bagi tujuan KEBAIKAN SEMATA- MATA.
BERMINAT DENGAN KURSUS INI ? HUBUNGI
almuawwizat@gmail.com UNTUK
KETERANGAN SELANJUTNYA.
No comments:
Post a Comment