Firman Allah

Firman Allah

Friday 28 September 2012

MERAWAT PESAKIT YANG DISIHIR, DIGANGGU JIN ASYIQ, HANTU RAYA,BUNIAN, PELESIT DAN SAKA SEKALIGUS - PART 2

.......maka, bersambunglah kisah di part 1.....(.malam kedua)  Lepas solat Isya' dan solat sunat hajat memohon pimpinan, kekuatan dan bantuan Allah di kala nak menghadapi 'musuh', dan juga membenteng diri dengan doa dan zikir , dan lain-lain 'pagar' yang telah dijazamkan, saya dan isteri bertolak ke rumah pesakit. Ayah si gadis beritahu melalui telefon anak dia sendiri menyatakan kesediaan. Alhamdulillah. Senang kerja.

        Sampai di rumah pesakit, macam malam sebelumnya, dijamu kopi herba  lagi. Cerah mata! Dalam masa yang sama si kakak pun pi lah panggil adiknya tu (si gadis tu la). Sekali keluar suara jerkah dari bilik si gadis..." hang keluaq~! ".  Jangan salah faham, Hang Keluaq ni bukan geng hang tuah ok, ianya bermaksud " Kau keluar ! ".......hui hui hui.....
        
        Aduuuuh......tamau keluar bilik lagi ka. Coooobaaan sungguh. Ayah si gadis rapat pada saya dengan nada perlahan dia cakap ..." Cemana ? liat jugak. kita paksa ja lah "....Ayah dia pun macam naik hangin jugak. Saya kata " takpa, kita bagi dia masa sikit lagi ".  Ya Allah, bantulah kami dan bantulah si gadis ni Ya Allah.

         Sedang enak melayan kopi instant tu, tiba-tiba ja kakak dia bergegas ke ruang tamu bagitau yang adiknya dah pengsan. Taip-tiap hari dia akan pengsan. Kalu tak petang, malam mesti pengsan. Maka bermulalah sesi rawatan. Si gadis pengsan keras kaku. Mata terpejam rapat.Tapi, bila saya letakkan pada tapak tangan dia  besi khas yang telah diasma' dan ditenagakan dengan zikir, yang biasa saya guna untuk rawatan, dia menepis tangan pulak. Aiiikkk ! Kata pengsan ! pandai pulak menepis. Ni bukan pengsan sangat ni. Ni dah 'transform'. Cuma dia tak tunjuk samseng macam biasa. Kata emaknya, hari-hari sebelum ni, dia bangun karate sapa yang dok pegang dia dan mesti ada collateral damage. Nasib lah. Alhamdulillah, baguslah lah macam tu. Dia langsung tak meronta atau mengamuk . Senang kerja. Tapi,  mak, ayah dan kakak dia standby jugak lah pada tangan dan kaki dia. 
 
        Dimulakan dengan 'scanning'. MasyaAllah, banyak yang hadir kat luar rumah, tapi setakat dipinggir pagar keliling rumah saja. Belakang rumah, nampak macam ada sosok hitam, tapi bukan hitam manis ya, ini hitam pekat berkilat berbulu lebat. Menurut ciri-cirinya, tu lah hantu raya. Yang ni lah yang mai 'naik katil' si gadis. Dok menjegil bengkek jauh di perdu pokok buluh dengan konco-konconya. Dan dikesan jugak  'seekor' nenek bongkok dok terhegeh-hegeh mundar-mandir dalam bilik si gadis. Cuba tengok kat gambar di part 1 yang macam bersanggul tu.  Jadi tanpa membuang masa, saya pun mangaut sambil makrifatkan jin-jin jahat yang ada dalam rumah, semua masuk ke dalam botol yang diasma'.
  
         Bagi Spisis yang sedang menguasai si gadis ni, saya mintak dia keluar secara aman, tapi dia buat bodo ja. Ibarat keluar mulut singa masuk mulut buaya keadaan dia. Kalau keluar mesti kena bambu dengan boss. Kalu tunggu boleh hangus. Tapi dia ambik keputusan untuk taat pada bos. Maka 'serangan' dimulakan. Jangan cakap saya tak berperikejinan ya. Bismillaahirrohmaanirrohiiimm, ayat-ayat Ruqyah bergema. Nampak sangat tak selesa, tapi jin ni tetap tahan demi bos tercinta, diam seribu bahasa, muka ja berkerut-kerut. Dengan doa dan zikir, saya guna senjata ghaib memberi kecederaan parah pada dia. Menjerit bagai nak pecah gegendang telinga saya. Tapi dia tetap tak keluar. Agaknya, dia perasaan boss dia sedang perhatikan dia dari pinggir pagar rumah tu. Tu pasal dia tak keluar. 

          Isshhh, nampaknya, kena guna senjata ghaib dengan kuasa pemusnah yang maksimum. Nasib kau lah.  Dengan pergantungan seluruhnya pada Allah, isteri saya membacakan zikir dan ayat-ayat suci al-quran sambil letak tapak tangan pada ubun-ubun si gadis. Sememang Allah turunkan Al-Quran sebagai penawar. Dimakrifatkan menjadi cahaya sangat terang masuk dan menerangi tubuh pesakit hingga ke hujung kaki, sehinggakan badan si gadis mengeluarkan asap. Keluarga si gadis terkejut dengan asap tersebut. Bertambah semangat lah emak si gadis mengharapkan biar makhluk-makhluk yang ada dalam badan anak dia hangus terbakar semuanya. Menurut mereka, ini kali pertama badan anak gadis mereka berasap ketika dirawat. Lagi lama di bacakan zikir dan ayat Al-quran tu, lagi banyak asap yang keluar. 

          Dalam masa yang sama, saya melancarkan serangan udara bertempur dengan 'puak' yang ada di luar. Ya Allah, fansurnaa a'lal qowmil kaafirriiin. KEBABOOOMMM ~! Bos mereka terkena jurus sehingga cedera parah di perut. Koyak ! Konco-koconya banyak yang tewas. Agak-agak tak makan cekak,  mereka pun Tiiinng !  hilang...... Cha alif bot lah kot. Segala puji bagi Allah, dengan kekuasaanNya dan dengan keizinanNya jualah yang dapat menewaskan mereka. Sekali lagi, dengan nama Allah, saya kaut saki baki yang ada yang tak sempat ttiiingg,  masuk ke dalam botol. Isteri saya turut membantu dengan membacakan Surah al-Jiin dan Assoffaat.

        Beberapa saat kemudian, anak gadis pun sedar. Alhamdulillah. Keletihan nampaknya. Ayah, mak dan kakaknya pun tersandar lega. Sesi rawatan diakhiri dengan bacan Suraahh Yaaasin, mohon perrlindungan Allah supaya si gadis bebas gangguan dan tidak diganggu lagi. Muka dan kepala si gadis dibasahkan dan diberi minum air doa. 3 jam lebih jugak la. Air doa di renjis pada semua ruang rumah. Mudah-mudah energi doa, zikir dan ayat-ayat al-quran yang dibacakan pada air tu menjadi pendinding. Mereka disarankan agar anak gadis dimandilimaukan setiap hari. Jangan putus asa untuk ajar dan ajak dia untuk beribadah semula, banyakkan zikir supaya tidak terputus hubungan dan ingatan pada Allah agar menjadi benteng diri supaya tiada lagi gangguan. InsyaAllah.

       Seminggu  kemudian, ayah si gadis hubungi saya melalui telefon, dengan nada gembira, dia bagitau lepas rawatan tempoh hari, anak gadisnya tak lagi pengsan-pengsan dan kerasukan setiap hari. Kami pun sama-sama ucap syukur. Mudah-mudahan keadaan positif ni kekal berpanjangan. Aaaammmiinn. Sesungguhnya, Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah.

         Begitulah al-kisahnya pertempuran kali ni. Sedikit renungan buat diri saya sendiri dan buat semua yang membaca, Sememangnya benar janji Allah. Bahawasanya Dia amat dekat dengan hamba-hambanNya. Dan Dia mendengar doa-doa dari hamba-hambaNya yang berdoa. Dan Allah tidak sekali-kali menyalahi janjiNya. Cumanya kita yang acap kali lalai dalam 'mengeratkan' hubungan' denganNya dan lupa padaNya. 
Firman Allah yang bermaksud ;
      
        " Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNyapada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu – dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) – untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahayayang terang-benderang (iman dari ta’at); dan adalah Ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat). " ------- (Surah Al-Ahzab: Ayat 41-43)

        "Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). "---------( Al-Baqoroh : Ayat 152)

         

         

No comments:

Post a Comment