Assalamualaikum warohmatullah. Segala Puji Bagi Allah dan Solawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad Sollallaahu alaihi wassallam.
Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Quran sebagai Penawar dan Rahmat. Saya Master Asrolfadli Bin Mohammed pengasas Pusat Rawatan Metafizik Islam Al-Muawwizat dan Perguruan Ilmu Tenaga Dalam Haqqul Mubin,Bandar Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
Pengalaman merawat adik ipar ( perempuan, berusia 25 tahun) Pada asalnya saye nak buat ‘scanning’ jer. Tibe2 terasa begitu kuat energy dari mukanya dan dia terus jer berubah karakter. begitu jelas dia kerasukan. Bila diajak berdialog , jin tersebut hanya membisu sehinggalah saya guna kaedah Ruqyah, menggelepar seluruh badan dan barulah dia bersuara minta dihentikan Ruqyah. Nampak sangat dia kepanasan sampai tak mampu nak cakap apa-apa selain “sudah…sudah…sudaaaaaahhhhh~!”
Sedia maklum perangai golongan jin ni yang memang suka nak putar belit fakta dan cuba nak mencipta satu cerita fitnah, apabila ditanya samada dia jin sihir atau saka, katanya ‘’sss.ss..siii..hhirrrr”.Sekal i lagi Allah bagi gerakhati supaya jangan layan bila dia jawab begitu. Kalaulah dilanjutkan pertanyaan “siapa yang menghantar kau?”…pasti jin tu akan main cekup ja nama siapa-siapa yang dia kenal, mungkin ahli keluarga, mungkin jiran-jiran atau mungkin kawan-kawan supaya jadi fitnah dan permusuhan antara kita. Lebih parah lagi kalau dia sebut nama kita sendiri yang merawat ni. Alhamdulillah saya tak layan.
Bila jadi bosan jin tersebut tak mau terus terang, saya teruskan Ruqyah, guna kaedah METAFIZIK merotan jin, melontar jin. Isteri saya juga turut membantu menggunakan Ilmu Hikmah yang beliau miliki. Bergetar seluruh badan adik ipar saya sehingga beliau berpusing2 atas lantai bila Isteri saya bacakan ayat Kursiy terus ke corong telinganya sambil mema’rifatkan bola api yang besar, isteri saya menghembus ke telinganya. Akhirnya bila diugut jika kami akan teruskan lagi ‘membakar’ dengan ayat-ayat Allah, barulah dia berterus terang. Saya bertanya “ Apa tujuan kau duduk dalam badan ni ?”……Jin tersebut menjawab dalam keadaan terketar-ketar, “Suka…suka….suuukaaaa”, mula nak menangis. Dia suka dan sayang pada adik ipar saya.
Barulah dapat disimpulkan, rupa-rupanya dia adalah jenis Jin Asyiq, jenis yang ‘jiwang’ atau mudah jatuh cinta dengan manusia. Tapi ada hati dia nak berbohong mengatakan dia Jin Sihir. Saya bagitau jin tersebut bahawa..” Allah cipta semua makhluk berpasang-pasangan dari jenis masing-masing. Manusia dengan Manusia. Jin dengan Jin, Lembu dengan Lembu, Itik dengan Itik. Lagipun kau dudk dalam badan dia mesti kepanasan bila dia baca Al-Quran atau baca ayat Kursiy atau berzikir”….Jin tu angguk-anggukkan kepala mengiyakan kata-kata saya. Saya pujuk jin tersebut bahawa ramai lagi jin-jin perempuan yang Islam dan cantik-cantik dan baik-baik di luar sana malah lebih cantik dari adik ipar saya. Timbul Ilham lalu saya berdoa agar Allah tunjukkan pada jin ni keindahan Jin-Jin Islam yang soleh dan solehah.
Jin tu tersenyum-senyum sipu mungkin kerana Allah nampakkan pada dia kot. Malu-malu lah pulak jin ni. Saya juga pujuk dia peluk Islam dengan ucap syahadah. Alhamdulillah dia ikut. Dan dia diajar berikrar …”AKU AKAN KELUAR DARI TUBUH INI DAN BERJANJI TIDAK AKAN MASUK LAGI, DAN TIDAK AKAN MENGGANGGU MANA-MANA MANUSIA LAGI, JIKA AKU MUNGKIR JANJI AKU AKAN DILAKNAT ALLAH DAN SEMUA MAKHLUK.”……dengan teresak-esak kesedihan dia berikrar dan dengan rela hati keluar meninggalkan adik ipar saya dan beberapa saat kemudian adik ipar saya pun tersedar .
Sebenarnya, adik ipar saya ni diganggu sudah hampir 6tahun. Bermula dengan kena tindih sewaktu nak tidur , masa nak terlelap. Kemudian, mula lah dengan episod mimpi-mimpi yang pelik, mimpi kahwin tapi tak nampak pulak pihak lelaki, mimpi berada dengan kanak-kanak dan sayang padanya, asyik pegang ja tangan dia, sampai ke akhir-akhir ni, adik ipar saya ni pun dah bekerja, makin kronik plak mimpi dia, melarat sampai ke 'beranak' dengan talipusat sekali. Dia cerita pada saya, masa dia masih di university dulu, memang kerap juga kena tindih, banyak kali jugak bercakap dengan dia, ajak sembang sampaikan kacau dia nak study, terus dia jerkah " Mengacaulah ~!...Blah lah~! "....Naik rimas sangat. Diusahakan tidur dalam keadaan wudhu' dan amal ayatul Kursiy dan 3qul sebelum tidur tapi makhluk tu tetap datang dan tindih dia. Masa kena tindih tu biasalah, meraung sekuat mana pun, member satu bilik yang tengah study pun tak dengar. Katanya, lagi dia cuba fokus pada ayatul Kursiy lagi kuat bunyi berdesing di telinga. Bila sampai ayat last , baru terlepas. Dia cakap kalu nak kena tindih selalunya dia aka rasa suasana bilik tu jadi macam malap dan suram walaupun semua lampu di pasang.Malam tu agak-agak lah kan. Antara nak terlena tu, dia pernah terperasan samar-samar berbadan besar, tinggi, hitam, dan macam pakai selimut di belakang, ala-ala zorro gitu. Kadang-kadang dengar di telinga " tengah buat apa tu ?"....makan apa hari ni ?...Sampaikan boleh rasa tilam macam ada orang naik, tenggelam-tenggelam.
Kesian kat dia diganggu sejak sekian lama. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah makhluk tersebut keluar dengan rela hati. Hampir 3jam jugak sebenarnya. Bermula dengan mulut terketar-ketar, mulut jadi senget ( orang utara cakap 'heghot' )sampai lenguh pipi dia walaupun lepas 2 hari, tekak adik ipar saya sakit sebab masa rawatan lidah dia terjelir sampai bawah dagu.Terkejut jugak saya dibuatnya.Dibacakan ayat kursiy, memusing-musing 360darjah atas lantai minta dihentikan bacaan.
Rawatan susulan, dia dah pun buat mandi bunga dan dibekalkan air doa dan idiijazahkan amalan. Alhamdulillah, dari Allah sakit, dari Allah jualah kesembuhan. Dia bagiitau saya, lepas rawatan dia taklagi mimpi seperti sebelum ni. Mudah-mudahan tiada lagi gangguan samada yang lama atau yang baru.Aaaaammmiiin Ya Rob. Begitulah serba sedikit mengenai pengalaman saya menangani gangguan jin asyiq. Pesanan saya, hendaklah kita berhati-hati dengan tipu daya jin yang sememangnya banyak muslihat dan hendaklah kita bertakwa kepada Allah dan yakin dengan pertolongannya kerana kita sesungguhnya ” TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN BANTUAN ALLLAH" semata-mata.
...
Mu'allij Master Asrolfadli Al-Mu'awwizat
HOTLINE : 010-4048004
Pengasas,
Pusat Rawatan Metafizik Islam Al-Mu'awwizat
Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
Mudahnye dia baik...jin asyik pd kite dh xterkira brp kali dia keluar n masuk balik
ReplyDeleteKnp msuk balik
Delete