Firman Allah

Firman Allah

Friday, 14 September 2012

MERAWAT PESAKIT YANG DISIHIR, DIGANGGU JIN ASYIQ, HANTU RAYA,BUNIAN, PELESIT DAN SAKA SEKALIGUS - PART 1

 Gambar Jin Yang Ditangkap di Lokasi dan disimpan dalam botol.
Gambar dalam botol ini telah dizoom sehingga jelas bentuk-bentuk makhluk.

     Bismillahirrohmanirrahim. Segala puji kepada Allah, Tuhan Sekelian Alam. Malam tadi saya  dihubungi oleh bapa seorang gadis remaja yang meminta saya membuat scanning dan rawatan pada anaknya. Amat men'stress'kan bila dia tak keluar-keluar dari bilik dia setelah saya dan isteri duduk tunggu sampai 3 jam. Setelah tukar-tukar giliran mak, ayah dan kakak dia pi pujuk pun, takmau jugak. Anak bongsu, manja, tak boleh dipaksa-paksa, nanti dia naik angin, kata emaknya.        

     Sejarahnya gadis ni sejak umur 5tahun boleh nampak makhluk-makhluk halus. Meningkat remaja, boleh pulak didampingi ntah tuan puteri gunung mana ntah. Dah umur 20an ni, dah ada sekor makhluk mai main 'tidoq-tidoq' (tidur) dengan dia hari-hari.  HARI-HARI mesti ada babak pengsan lama lepas tu bangun karate cermin tingkap atau cermin muka. Cerita emaknya, mujur tak pernah terluka sikit pun walaupun cermin berkecai. Sampai nak bersekolah elok-elok pun payah. Semua kena pegang kaki tangan dia kalau dia transform, bacakan ayat kursiy, pasang CD bacaan ruqyah dan al-quran. Bila merasuk, dia hanya sebut " Hak aku !...Dia Hak aku !" Bila dia betul-betul sedar, dalam keletihan, dia akan cerita lah dia di bawa kemana, tengok macam-macam, ada puak makan kotor-kotor, ada puak makan yang elok-elok, sedap-sedap, di bawa ke gunung, bukit-bukau ntah di mana.            


Gambar Hantu ini diambil di bangsal kayu sebelah rumah pesakit
MENGGUNAKAN KAMERA YANG DIASMA' KHAS.
Lihatlah betapa GANGSTERNYA hantu ni pada TARING DIA.


     Gangguan semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun ni, setiap kali nak berwudhu' ja pengsan. Melampau betul 'puak' ni. Sudahnya lama-lama tak solat terus. Sampai sekarang, nak Bismillah pun gagap. Cerita kakaknya, nak ajar makna bismillah bahasa melayu pun tergagap-gagap. Panas hati tak dengar perkara macam ni ?...Panas kan. Kesian famili dia, bertahun-tahun, dari dia umur 5 tahun sampai sekarang dah 25tahun ni, dah merata berubat. Banyak berkorban masa, tenaga, jiwa, dan wang riinggit demi anak tersayang. Tambahan pulak, semenjak dia dah bertunang ni, Disember ni dirancang aqad nikah, lagi melampau gaban makhluk-makhluk tu. Cerita ayahnya, ramai perawat-perawat yang cuba sebelum ni yang mengantuk sampai tak boleh datang merawat, ada yang tertidur masa merawat pun ada, angkara makhluk-makhluk jahat ni. MasyaAllah...Sabar sungguh mak ayah dia.          

     Nak ikut hati, macam bengang jugak lah kan. Tapi mengenangkan mak ayah dia lagi lah 'teruk' bersabar bertahun-tahun, kita baru satu malam ja, takkan hilang sabar kot kan. Takpa, janji Allah, Dia sentiasa bersama orang-orang yang Sabar. Saya pun minta diri dengan berlapik, " takpa, mungkin dia segan dan tak bersedia lagi kot, esok malam kita cuba lagi, InsyaAllah "...ayah dia jabat salam dalam keadaan serba salah dek kerana orang dah tunggu sampai 3 jam, anak dia pulak tak keluar-keluar bilik......... takpalah....Cooooobaaaaaaannnn.........bersambung .......          

 .........Ikuti Part 2 siri ini.....Hantu raya bawak gengster tapi tak takbleh masuk umah....dok dekat luar pagar ja......                         
x

No comments:

Post a Comment