CORE PRODUK keluaran Pusat Rawatan Metafizik islam Al-Mu'awwizat (PRMIAM). MADU TUALANG ASLI ASMA' - MULTI-V. Selain sunnah nabi s.a.w dan kebaikan madu tualang asli, turut ditenagakan dengan 30 juz ayat al-quran, doa-doa syifa, hizib-hizib, asm'-asma dan ditenagakan dengan energi HAQ penyembuhan. EJEN-EJEN DAN PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN. HUBUNGI HOTLINE : 010-404 8004 untuk keterangan selanjutnya.
[Pusat Rawatan Metafizik Islam Al-Mu'awwizat][The Sirr ParaPsychology Research Team Malaysia][Perguruan Ilmu Keselamatan & Jaga Diri Silahul Mukmin]
Firman Allah
Tuesday, 4 December 2012
PRODUK-PRODUK KINI DI PASARAN
CORE PRODUK keluaran Pusat Rawatan Metafizik islam Al-Mu'awwizat (PRMIAM). MADU TUALANG ASLI ASMA' - MULTI-V. Selain sunnah nabi s.a.w dan kebaikan madu tualang asli, turut ditenagakan dengan 30 juz ayat al-quran, doa-doa syifa, hizib-hizib, asm'-asma dan ditenagakan dengan energi HAQ penyembuhan. EJEN-EJEN DAN PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN. HUBUNGI HOTLINE : 010-404 8004 untuk keterangan selanjutnya.
PUSAT RAWATAN METAFIZIK ISLAM AL-MU'AWWIZAT BERSIARAN DI KEDAH FM
Alhamdulillah, tepat pukul 1.45 ptg td, Pusat Rawatan Metafizik islam Al-Mu'awwizat (PRMIAM) telah bersiaran di radio Kedah FM. Siaran tajaan selanjutnya setiap selasa 1.45 petang di KEDAH FM (97.5 MHZ & 90.5 MHZ)
Thursday, 25 October 2012
PRODUK-PRODUK BERJENAMA ASMA'
Dapatkan produk-produk berkualiti berjenama Asma' keluaran Pusat Rawatan Metafizik Islam Al-Mu'awwizat. HUBUNGI almuawwizat@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.
Friday, 28 September 2012
MERAWAT PESAKIT YANG DISIHIR, DIGANGGU JIN ASYIQ, HANTU RAYA,BUNIAN, PELESIT DAN SAKA SEKALIGUS - PART 2
.......maka, bersambunglah kisah di part 1.....(.malam kedua) Lepas solat Isya' dan solat sunat hajat memohon pimpinan, kekuatan dan bantuan Allah di kala nak menghadapi 'musuh', dan juga membenteng diri dengan doa dan zikir , dan lain-lain 'pagar' yang telah dijazamkan, saya dan isteri bertolak ke rumah pesakit. Ayah si gadis beritahu melalui telefon anak dia sendiri menyatakan kesediaan. Alhamdulillah. Senang kerja.
Sampai di rumah pesakit, macam malam sebelumnya, dijamu kopi herba lagi. Cerah mata! Dalam masa yang sama si kakak pun pi lah panggil adiknya tu (si gadis tu la). Sekali keluar suara jerkah dari bilik si gadis..." hang keluaq~! ". Jangan salah faham, Hang Keluaq ni bukan geng hang tuah ok, ianya bermaksud " Kau keluar ! ".......hui hui hui.....
Aduuuuh......tamau keluar bilik lagi ka. Coooobaaan sungguh. Ayah si gadis rapat pada saya dengan nada perlahan dia cakap ..." Cemana ? liat jugak. kita paksa ja lah "....Ayah dia pun macam naik hangin jugak. Saya kata " takpa, kita bagi dia masa sikit lagi ". Ya Allah, bantulah kami dan bantulah si gadis ni Ya Allah.
Sedang enak melayan kopi instant tu, tiba-tiba ja kakak dia bergegas ke ruang tamu bagitau yang adiknya dah pengsan. Taip-tiap hari dia akan pengsan. Kalu tak petang, malam mesti pengsan. Maka bermulalah sesi rawatan. Si gadis pengsan keras kaku. Mata terpejam rapat.Tapi, bila saya letakkan pada tapak tangan dia besi khas yang telah diasma' dan ditenagakan dengan zikir, yang biasa saya guna untuk rawatan, dia menepis tangan pulak. Aiiikkk ! Kata pengsan ! pandai pulak menepis. Ni bukan pengsan sangat ni. Ni dah 'transform'. Cuma dia tak tunjuk samseng macam biasa. Kata emaknya, hari-hari sebelum ni, dia bangun karate sapa yang dok pegang dia dan mesti ada collateral damage. Nasib lah. Alhamdulillah, baguslah lah macam tu. Dia langsung tak meronta atau mengamuk . Senang kerja. Tapi, mak, ayah dan kakak dia standby jugak lah pada tangan dan kaki dia.
Dimulakan dengan 'scanning'. MasyaAllah, banyak yang hadir kat luar rumah, tapi setakat dipinggir pagar keliling rumah saja. Belakang rumah, nampak macam ada sosok hitam, tapi bukan hitam manis ya, ini hitam pekat berkilat berbulu lebat. Menurut ciri-cirinya, tu lah hantu raya. Yang ni lah yang mai 'naik katil' si gadis. Dok menjegil bengkek jauh di perdu pokok buluh dengan konco-konconya. Dan dikesan jugak 'seekor' nenek bongkok dok terhegeh-hegeh mundar-mandir dalam bilik si gadis. Cuba tengok kat gambar di part 1 yang macam bersanggul tu. Jadi tanpa membuang masa, saya pun mangaut sambil makrifatkan jin-jin jahat yang ada dalam rumah, semua masuk ke dalam botol yang diasma'.
Bagi Spisis yang sedang menguasai si gadis ni, saya mintak dia keluar secara aman, tapi dia buat bodo ja. Ibarat keluar mulut singa masuk mulut buaya keadaan dia. Kalau keluar mesti kena bambu dengan boss. Kalu tunggu boleh hangus. Tapi dia ambik keputusan untuk taat pada bos. Maka 'serangan' dimulakan. Jangan cakap saya tak berperikejinan ya. Bismillaahirrohmaanirrohiiimm, ayat-ayat Ruqyah bergema. Nampak sangat tak selesa, tapi jin ni tetap tahan demi bos tercinta, diam seribu bahasa, muka ja berkerut-kerut. Dengan doa dan zikir, saya guna senjata ghaib memberi kecederaan parah pada dia. Menjerit bagai nak pecah gegendang telinga saya. Tapi dia tetap tak keluar. Agaknya, dia perasaan boss dia sedang perhatikan dia dari pinggir pagar rumah tu. Tu pasal dia tak keluar.
Isshhh, nampaknya, kena guna senjata ghaib dengan kuasa pemusnah yang maksimum. Nasib kau lah. Dengan pergantungan seluruhnya pada Allah, isteri saya membacakan zikir dan ayat-ayat suci al-quran sambil letak tapak tangan pada ubun-ubun si gadis. Sememang Allah turunkan Al-Quran sebagai penawar. Dimakrifatkan menjadi cahaya sangat terang masuk dan menerangi tubuh pesakit hingga ke hujung kaki, sehinggakan badan si gadis mengeluarkan asap. Keluarga si gadis terkejut dengan asap tersebut. Bertambah semangat lah emak si gadis mengharapkan biar makhluk-makhluk yang ada dalam badan anak dia hangus terbakar semuanya. Menurut mereka, ini kali pertama badan anak gadis mereka berasap ketika dirawat. Lagi lama di bacakan zikir dan ayat Al-quran tu, lagi banyak asap yang keluar.
Dalam masa yang sama, saya melancarkan serangan udara bertempur dengan 'puak' yang ada di luar. Ya Allah, fansurnaa a'lal qowmil kaafirriiin. KEBABOOOMMM ~! Bos mereka terkena jurus sehingga cedera parah di perut. Koyak ! Konco-koconya banyak yang tewas. Agak-agak tak makan cekak, mereka pun Tiiinng ! hilang...... Cha alif bot lah kot. Segala puji bagi Allah, dengan kekuasaanNya dan dengan keizinanNya jualah yang dapat menewaskan mereka. Sekali lagi, dengan nama Allah, saya kaut saki baki yang ada yang tak sempat ttiiingg, masuk ke dalam botol. Isteri saya turut membantu dengan membacakan Surah al-Jiin dan Assoffaat.
Beberapa saat kemudian, anak gadis pun sedar. Alhamdulillah. Keletihan nampaknya. Ayah, mak dan kakaknya pun tersandar lega. Sesi rawatan diakhiri dengan bacan Suraahh Yaaasin, mohon perrlindungan Allah supaya si gadis bebas gangguan dan tidak diganggu lagi. Muka dan kepala si gadis dibasahkan dan diberi minum air doa. 3 jam lebih jugak la. Air doa di renjis pada semua ruang rumah. Mudah-mudah energi doa, zikir dan ayat-ayat al-quran yang dibacakan pada air tu menjadi pendinding. Mereka disarankan agar anak gadis dimandilimaukan setiap hari. Jangan putus asa untuk ajar dan ajak dia untuk beribadah semula, banyakkan zikir supaya tidak terputus hubungan dan ingatan pada Allah agar menjadi benteng diri supaya tiada lagi gangguan. InsyaAllah.
Seminggu kemudian, ayah si gadis hubungi saya melalui telefon, dengan nada gembira, dia bagitau lepas rawatan tempoh hari, anak gadisnya tak lagi pengsan-pengsan dan kerasukan setiap hari. Kami pun sama-sama ucap syukur. Mudah-mudahan keadaan positif ni kekal berpanjangan. Aaaammmiinn. Sesungguhnya, Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah.
Begitulah al-kisahnya pertempuran kali ni. Sedikit renungan buat diri saya sendiri dan buat semua yang membaca, Sememangnya benar janji Allah. Bahawasanya Dia amat dekat dengan hamba-hambanNya. Dan Dia mendengar doa-doa dari hamba-hambaNya yang berdoa. Dan Allah tidak sekali-kali menyalahi janjiNya. Cumanya kita yang acap kali lalai dalam 'mengeratkan' hubungan' denganNya dan lupa padaNya.
Firman Allah yang bermaksud ;
" Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNyapada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu – dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) – untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahayayang terang-benderang (iman dari ta’at); dan adalah Ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat). " ------- (Surah Al-Ahzab: Ayat 41-43)
"Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). "---------( Al-Baqoroh : Ayat 152)
Friday, 14 September 2012
MERAWAT PESAKIT YANG DISIHIR, DIGANGGU JIN ASYIQ, HANTU RAYA,BUNIAN, PELESIT DAN SAKA SEKALIGUS - PART 1
Gambar Jin Yang Ditangkap di Lokasi dan disimpan dalam botol.
Gambar dalam botol ini telah dizoom sehingga jelas bentuk-bentuk makhluk.
Bismillahirrohmanirrahim. Segala puji kepada Allah, Tuhan Sekelian Alam. Malam tadi saya dihubungi oleh bapa seorang gadis remaja yang meminta saya membuat scanning dan rawatan pada anaknya. Amat men'stress'kan bila dia tak keluar-keluar dari bilik dia setelah saya dan isteri duduk tunggu sampai 3 jam. Setelah tukar-tukar giliran mak, ayah dan kakak dia pi pujuk pun, takmau jugak. Anak bongsu, manja, tak boleh dipaksa-paksa, nanti dia naik angin, kata emaknya.
Sejarahnya gadis ni sejak umur 5tahun boleh nampak makhluk-makhluk halus. Meningkat remaja, boleh pulak didampingi ntah tuan puteri gunung mana ntah. Dah umur 20an ni, dah ada sekor makhluk mai main 'tidoq-tidoq' (tidur) dengan dia hari-hari. HARI-HARI mesti ada babak pengsan lama lepas tu bangun karate cermin tingkap atau cermin muka. Cerita emaknya, mujur tak pernah terluka sikit pun walaupun cermin berkecai. Sampai nak bersekolah elok-elok pun payah. Semua kena pegang kaki tangan dia kalau dia transform, bacakan ayat kursiy, pasang CD bacaan ruqyah dan al-quran. Bila merasuk, dia hanya sebut " Hak aku !...Dia Hak aku !" Bila dia betul-betul sedar, dalam keletihan, dia akan cerita lah dia di bawa kemana, tengok macam-macam, ada puak makan kotor-kotor, ada puak makan yang elok-elok, sedap-sedap, di bawa ke gunung, bukit-bukau ntah di mana.
Gambar Hantu ini diambil di bangsal kayu sebelah rumah pesakit
MENGGUNAKAN KAMERA YANG DIASMA' KHAS.
Lihatlah betapa GANGSTERNYA hantu ni pada TARING DIA.
Nak ikut hati, macam bengang jugak lah kan. Tapi mengenangkan mak ayah dia lagi lah 'teruk' bersabar bertahun-tahun, kita baru satu malam ja, takkan hilang sabar kot kan. Takpa, janji Allah, Dia sentiasa bersama orang-orang yang Sabar. Saya pun minta diri dengan berlapik, " takpa, mungkin dia segan dan tak bersedia lagi kot, esok malam kita cuba lagi, InsyaAllah "...ayah dia jabat salam dalam keadaan serba salah dek kerana orang dah tunggu sampai 3 jam, anak dia pulak tak keluar-keluar bilik......... takpalah....Cooooobaaaaaaannnn.........bersambung .......
.........Ikuti Part 2 siri ini.....Hantu raya bawak gengster tapi tak takbleh masuk umah....dok dekat luar pagar ja......
x
Wednesday, 5 September 2012
PENGALAMAN MENANGANI JIN ASYIQ
Assalamualaikum warohmatullah. Segala Puji Bagi Allah dan Solawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad Sollallaahu alaihi wassallam.
Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Quran sebagai Penawar dan Rahmat. Saya Master Asrolfadli Bin Mohammed pengasas Pusat Rawatan Metafizik Islam Al-Muawwizat dan Perguruan Ilmu Tenaga Dalam Haqqul Mubin,Bandar Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
Pengalaman merawat adik ipar ( perempuan, berusia 25 tahun) Pada asalnya saye nak buat ‘scanning’ jer. Tibe2 terasa begitu kuat energy dari mukanya dan dia terus jer berubah karakter. begitu jelas dia kerasukan. Bila diajak berdialog , jin tersebut hanya membisu sehinggalah saya guna kaedah Ruqyah, menggelepar seluruh badan dan barulah dia bersuara minta dihentikan Ruqyah. Nampak sangat dia kepanasan sampai tak mampu nak cakap apa-apa selain “sudah…sudah…sudaaaaaahhhhh~!”
Sedia maklum perangai golongan jin ni yang memang suka nak putar belit fakta dan cuba nak mencipta satu cerita fitnah, apabila ditanya samada dia jin sihir atau saka, katanya ‘’sss.ss..siii..hhirrrr”.Sekal i lagi Allah bagi gerakhati supaya jangan layan bila dia jawab begitu. Kalaulah dilanjutkan pertanyaan “siapa yang menghantar kau?”…pasti jin tu akan main cekup ja nama siapa-siapa yang dia kenal, mungkin ahli keluarga, mungkin jiran-jiran atau mungkin kawan-kawan supaya jadi fitnah dan permusuhan antara kita. Lebih parah lagi kalau dia sebut nama kita sendiri yang merawat ni. Alhamdulillah saya tak layan.
Bila jadi bosan jin tersebut tak mau terus terang, saya teruskan Ruqyah, guna kaedah METAFIZIK merotan jin, melontar jin. Isteri saya juga turut membantu menggunakan Ilmu Hikmah yang beliau miliki. Bergetar seluruh badan adik ipar saya sehingga beliau berpusing2 atas lantai bila Isteri saya bacakan ayat Kursiy terus ke corong telinganya sambil mema’rifatkan bola api yang besar, isteri saya menghembus ke telinganya. Akhirnya bila diugut jika kami akan teruskan lagi ‘membakar’ dengan ayat-ayat Allah, barulah dia berterus terang. Saya bertanya “ Apa tujuan kau duduk dalam badan ni ?”……Jin tersebut menjawab dalam keadaan terketar-ketar, “Suka…suka….suuukaaaa”, mula nak menangis. Dia suka dan sayang pada adik ipar saya.
Barulah dapat disimpulkan, rupa-rupanya dia adalah jenis Jin Asyiq, jenis yang ‘jiwang’ atau mudah jatuh cinta dengan manusia. Tapi ada hati dia nak berbohong mengatakan dia Jin Sihir. Saya bagitau jin tersebut bahawa..” Allah cipta semua makhluk berpasang-pasangan dari jenis masing-masing. Manusia dengan Manusia. Jin dengan Jin, Lembu dengan Lembu, Itik dengan Itik. Lagipun kau dudk dalam badan dia mesti kepanasan bila dia baca Al-Quran atau baca ayat Kursiy atau berzikir”….Jin tu angguk-anggukkan kepala mengiyakan kata-kata saya. Saya pujuk jin tersebut bahawa ramai lagi jin-jin perempuan yang Islam dan cantik-cantik dan baik-baik di luar sana malah lebih cantik dari adik ipar saya. Timbul Ilham lalu saya berdoa agar Allah tunjukkan pada jin ni keindahan Jin-Jin Islam yang soleh dan solehah.
Jin tu tersenyum-senyum sipu mungkin kerana Allah nampakkan pada dia kot. Malu-malu lah pulak jin ni. Saya juga pujuk dia peluk Islam dengan ucap syahadah. Alhamdulillah dia ikut. Dan dia diajar berikrar …”AKU AKAN KELUAR DARI TUBUH INI DAN BERJANJI TIDAK AKAN MASUK LAGI, DAN TIDAK AKAN MENGGANGGU MANA-MANA MANUSIA LAGI, JIKA AKU MUNGKIR JANJI AKU AKAN DILAKNAT ALLAH DAN SEMUA MAKHLUK.”……dengan teresak-esak kesedihan dia berikrar dan dengan rela hati keluar meninggalkan adik ipar saya dan beberapa saat kemudian adik ipar saya pun tersedar .
Sebenarnya, adik ipar saya ni diganggu sudah hampir 6tahun. Bermula dengan kena tindih sewaktu nak tidur , masa nak terlelap. Kemudian, mula lah dengan episod mimpi-mimpi yang pelik, mimpi kahwin tapi tak nampak pulak pihak lelaki, mimpi berada dengan kanak-kanak dan sayang padanya, asyik pegang ja tangan dia, sampai ke akhir-akhir ni, adik ipar saya ni pun dah bekerja, makin kronik plak mimpi dia, melarat sampai ke 'beranak' dengan talipusat sekali. Dia cerita pada saya, masa dia masih di university dulu, memang kerap juga kena tindih, banyak kali jugak bercakap dengan dia, ajak sembang sampaikan kacau dia nak study, terus dia jerkah " Mengacaulah ~!...Blah lah~! "....Naik rimas sangat. Diusahakan tidur dalam keadaan wudhu' dan amal ayatul Kursiy dan 3qul sebelum tidur tapi makhluk tu tetap datang dan tindih dia. Masa kena tindih tu biasalah, meraung sekuat mana pun, member satu bilik yang tengah study pun tak dengar. Katanya, lagi dia cuba fokus pada ayatul Kursiy lagi kuat bunyi berdesing di telinga. Bila sampai ayat last , baru terlepas. Dia cakap kalu nak kena tindih selalunya dia aka rasa suasana bilik tu jadi macam malap dan suram walaupun semua lampu di pasang.Malam tu agak-agak lah kan. Antara nak terlena tu, dia pernah terperasan samar-samar berbadan besar, tinggi, hitam, dan macam pakai selimut di belakang, ala-ala zorro gitu. Kadang-kadang dengar di telinga " tengah buat apa tu ?"....makan apa hari ni ?...Sampaikan boleh rasa tilam macam ada orang naik, tenggelam-tenggelam.
Kesian kat dia diganggu sejak sekian lama. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah makhluk tersebut keluar dengan rela hati. Hampir 3jam jugak sebenarnya. Bermula dengan mulut terketar-ketar, mulut jadi senget ( orang utara cakap 'heghot' )sampai lenguh pipi dia walaupun lepas 2 hari, tekak adik ipar saya sakit sebab masa rawatan lidah dia terjelir sampai bawah dagu.Terkejut jugak saya dibuatnya.Dibacakan ayat kursiy, memusing-musing 360darjah atas lantai minta dihentikan bacaan.
Rawatan susulan, dia dah pun buat mandi bunga dan dibekalkan air doa dan idiijazahkan amalan. Alhamdulillah, dari Allah sakit, dari Allah jualah kesembuhan. Dia bagiitau saya, lepas rawatan dia taklagi mimpi seperti sebelum ni. Mudah-mudahan tiada lagi gangguan samada yang lama atau yang baru.Aaaaammmiiin Ya Rob. Begitulah serba sedikit mengenai pengalaman saya menangani gangguan jin asyiq. Pesanan saya, hendaklah kita berhati-hati dengan tipu daya jin yang sememangnya banyak muslihat dan hendaklah kita bertakwa kepada Allah dan yakin dengan pertolongannya kerana kita sesungguhnya ” TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN BANTUAN ALLLAH" semata-mata.
...
Mu'allij Master Asrolfadli Al-Mu'awwizat
HOTLINE : 010-4048004
Pengasas,
Pusat Rawatan Metafizik Islam Al-Mu'awwizat
Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)